Tadi dok sembang2 dengan kawan. Dia ada cerita pasal seorang kenalan dia kena pukau. Time nak raya. Dia simpan 1K untuk belanja raya tapi duit tu lesap kat sorang mamat yang pukau dia untuk beli pedang samurai jepun.
Langsung teringat masa kita keja jadi cashier kat 101 Mall, Puchong. Tahun 1997 lepas STPM. Ambik keja cashier sampai pi Puchong uolls. Masa tu kat 101 Mall tu supermarket The Store. Aku shift pagi masa tu. Supermarket buka pukoi 10am, jadi memang awal sangat. Berapa kerat jer pelanggan yang baru mai beli barang. Tetiba masuk segerombolan arab, 1 perempuan dan 2 lelaki. Berjubah tapi tak la dia cover muka dia. Taktik depa, beli barang yang ratus2 ringgit. Ok mula2 pompuan arab ni dia ambik doll tau. Harga doll tu 300++. Kekonon masa nak beli tu dia tak sedar harga tu RM300++, bila dah scan dan nak buat payment dia lagak terkujat pulak. Lepas tu nak cancell tak mau beli. Ambik doll yang RM 30 lebih jer. Lepas tu hulur kat kat note RM50. Masa aku buka cash drawer tu time tu la tangan dia menyibuk ambil duit dalam laci tu. Dan aku time tu juga la cuma biarkan saja tak kata apa-apa. Benda ni akan berlaku dengan pantas sekali ok. Kau takkan sedar apa pun. Bila shift dah tamat dan time nak closing humang aihhh aku short RM500 engkau. Mula la depa investigate aku la apa la. Last aku cakap kat Supervisor aku, kalau setakat RM500 aku memang tak ambik la. Nak lari kemana dengan RM500 tambah2 dok KL ni. Sendiri fikir la. Kemudian Ms Tham tanya aku, tadi ada customer arab ker? Yes aku jawab. Dia senyum jer. Lepas tu dia kata "You terkena la ni" Bila dia kata macam tu barulah aku story hal tadi. Dia kata banyak jadi kes macam tu kat supermarket lain. Jadi akhirnya gaji aku kena tolak 2 kali untuk bayar duit RM500 tu. Sob2 dah la basic pun baru RM500 huhuhuhu. Tapi bila jadi macam ni baru kita tau sapa kawan kita yang sebenar masa kita susah. Aku kalau baik dengan orang aku takkan berkira dengan orang tu. Sikit sama sikit, banyak sama banyak. Tapi bila time kita ?? Miss Tham cakaplah dekat kawan aku yang sebilik dengan aku, yang konon baik dengan aku nanti tolong2 lah cover aku ni. Terus dia buat muka ....ok fine...Jangan la kita berharap hati orang tu akan sama dengan hati kita...ok.
No comments:
Post a Comment