Tuesday, 4 September 2012

Pitam dulu....

Rasanya aku yang akan pitam dulu kalau aku menggayakan tudung macam ni. Hiiiiiiiiii. Aku ni kan fesyen senang sarung jer lepas tu settle. Bab nak melilit keliling tu minta maaflah bukan aku la tu.Serius kat rumah tak ada brooch. Sebab tak larat nak beli asal beli jer hilang, asal beli jer hilang..asal hilang jer beli. So cukup kita tak payah beli. Ni anak dara aku la dia kan suka bab2 berfesyen ni. Bila dia pakai shawl tu suka hati dia la nak campak brooch tu.  Tapi bila tengok orang pakai shawl serius nampak cun dan rasa teringin nak try. Tapi aku rasa kerja aku ni memang tak sesuai aku nak bershawl berlilit sebab kerja banyak jalan...office kena turun naik tangga. Cuaca kat pulau kalau tak hujan panas berganda-ganda. Sekarang ni aku tengok tudung bawal tu dah up balik. Satu jer tudung bawal ni aku malas nak iron hahahahahaha boleh macam tu? Tapi rasanya untuk office open house ni nak pakai tudung bawal la....hahahahaha. Tu jahit manik kat baju raya pun tak sampai separuh. Aku  jahit manik kat baju tu pakai campak-campak ja..nak buat style-style memang tak sempat sebab Che Nah sejak nak tukar ke gear merangkak ni dia kalut sikit. Manja pun yer....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin