Hari ni saya rasa teramat lelah sebenarnya. Saya rasa mahu berehat, lepak, pi SPA, santai-mantai tanpa sebarang gangguan. Tanpa perlu masak, tanpa perlu berulang-kali cuci cawan dan gelas.Anak-anak walaupun sudah di pesan lebih dari 400 juta kali bahawa lepas minum cawan atau gelas terus basuh dan teqap. Tapi tetap juga cawan dan gelas bersusun atas meja. Fuh stress. Nak rileks dari sapu rumah lebih dari 400 juta kali juga sehari (ok lebih dari 400 juta kali tu auta bukan fakta) . Dah ajar anak-anak..sila makan di meja makan bukan didepan tv. Tak mau stress fikir menu petang apa nak buat, tak mau serabut fikir baju tak bersidai, dan tak berlipat. Tak mau juga fikir bilik anak teruna dan dara yang serabut alam. Tak mau fikir semua tu huhuhuhuhuhuhuhu. Tapi as a wife and mother untuk 6 orang anak yang berumur 11 (yg sulung 21/12 ni baru cukup 12 thn) hingga 8 bulan mana boleh lari dari fikir semua tu. Kita bukan nak semua tu jadi perfect 100% cuma nak semuanya teratur. Kalau tidak mesti dunia kat rumah tu rasa serabut.
Kata En.Atan jangan paksa diri untuk menyempurnakan semua keadaan. Allah..sibuk dengan kerja dan tugas yang di amanahkan, masa yang dia peruntukkan untuk kami amat minimal sekali. Jadi realitinya dia tidak tahu apa yang berlaku di rumah. Semuanya ok pada pandangan mata dia. Bukan merungut ok cuma nak kurangkan sedikit stress dan lelah ni. Kita macam ibu ayam jer lagaknya, jalan kedepan anak berderet di belakang hahahahaha. Bawa anak2 santai tak kira la masuk underwater world ka , naik cable car, masuk taman burung kali yang ke berapa pun dah tak ingat, habis boring lepak kat mc'donald, tak dak arah 7 beranak bersantai atas kerusi urut..of course la che nah kena pangku hahahah. Habis cokia lepak kat playground la. Banyak aktiviti untuk diri sendiri terpaksa di lupakan buat sementara waktu. Hati teringin nak ke SPA, kena cancell sebab tak dak sapa nak jaga Che Nah dan Muad'z. Nak join aktiviti masjid yang best belaka, hanya telan liur sebab tak de sapa nak jaga anak yang kecik. Boleh bawa yang reti bahasa tu bersama tapi yang kecik? Pandangan orang kena ambik kira juga. Bukan semua orang tahan dengar suara budak menangis berdondang sayang oiii. Nak hantar kat baby sitter minta tolong jaga...rasa macam tak adil pulak 10 jam depa dengan anak-anak kita depa pun nak rest jugak kan??. Ini lah cabaran bila anak ramai dan kita tak de helper. Memang makan dalam.
Motif sebenar?? Hahahahah En.Atan suruh cari helper yang mai kemas rumah pada waktu berkerja sahaja dari pukul 5.00 sampai pukul 7.00 dari hari Isnin hingga khamis. Kemas bahagian dapur, clear cawan dan pinggan (anak bertuah saya yang bertiga tu memang malas basuh pinggan hehehehehe) sapu sampah dan sebagainya. Rumah kita orang kecik jer jadi tak banyak mana kerjanya tu. Bilik tidur tak payah kemas sebab tuan punya bilik kena kemas sendiri...hihihihihihi. Anak bujang mengeluh bila dengar sebab depa malas kemas bilik hahahahahahaha. Ok moh ler kita cari sapa nak kerja dengan kita...2 jam kita bayar RM15...ok tak???? kalau nak bayar bulan kita kira lain ler.
No comments:
Post a Comment