Tuesday, 22 January 2013

Rententan seminggu dari 13/1/2013- 21/1/2013

Sebelum tu Tahniah pada JOZAN sebab di nobatkan sebagai champions Maharajalawak Mega 2013. I dok sokong JAMBU.Sokong jer tapi tak buang undi pun keh-keh-keh. Ok la tu JAMBU bawa balik jugak RM250K...ingat senang ker nak dapat RM250K tu weih.


13/1/2013- Off day la. So I tak pi mana I lepak kat rumah jer. Maklum anak2 sekolah. I jadik supir depa jer ler. Kalau off day habis dengan acara melipat kain jer. Hari berkerja basuh, hari off lipat. Kain kat rumah tu x pernah nya susut.Sentiasa ada. Allergic dah i tengok kain-kain tu semua.

14/1/2013-16/1/2013- Kerja. Stress. Tension dan macam-macam rasa. 

17/1/2013- MC tak pi kerja. Sebab i rasa i dah tak boleh gagahkan diri i. I rasa i kena rest. Kepala i dah ngap-ngap sakit. Mood nak berkerja pun tak ada. Dengan period i tak hadir dari bulan 12 lagi. Seriau gila I. Tapi negatif ok. 3 kali i buat test confirm i tak mengandung. Ahad ni i kena pi check kat doktor apa yang tak kena dengan I. I jumpa doktor i bagi tau doktor i stress dan i need a rest. Doktor tanya MC 1 hari cukup ker? Laju jer i angguk kepala kata cukup. Padahal lepas keluar baru menyesal kenapa x minta 2 hari ja? wakakakkaa thomak haloba betoi.

18/1/2013- Kerja. 

19/1/2013-21/1/2013- Off day dah public holiday. I lepak kat rumah saja. Rutin macam selalu lah. Masak pun simple ja la. Goreng ikan dan sayur togeh. Ehhh bukan ker sebelum ni itu jugak yang i masak? Keh-keh -keh buat-buat lupa la pulak kan??. 
20/1/2013- I dah siap buat kerja rumah, masak. Lepas tu i suruh Luqman urut kaki. Sampai i terlelap lepas tu i sedar-sedar dengar bunyi kecoh kat luar tu. Rupanya tetangga kesayangan i bertoje dengan Luqman. Psiko weiii i rasa tetangga i tu. I blurr masa tu. En.Atan jer keluar jenguk. Dia nampak En.Atan terus dia masuk dan bammm pintu dia. Ceritanya dia marahkan budak-budak tu sbb buat bising. I dah kata i tak mampu nak stop kan kawan-kawan anak i dari datang rumah i. Sebab tu kawan-kawan anak i. Takkan i nak malukan anak-anak i. Oh tidak. So Luqman menjawab, dia kata tu adalah compound rumah kami jadi tetangga i tak der hak nak halang depa. Adoi pening kepala i. I diam saja. En.Atan kata dia nak marah Luqman pun x boleh sbb dia dah penat dengar semua tu. Luqman cuma membela diri dia dan adik2 dia. Tapi kalau dia tak tegur nanti orang kata Luqman tak terajar. Susah nyaaaaaaaaaaaaaaa

21/1/2013- Off lagi. Ganti public holiday. I lepak kat rumah dan kemas rumah. I cuci bekas ikan guppy En.Atan. Huhuh malangnya ikan tu dalam berbelas ekor tinggal 5 ekor jer. Yang lain menemui maut. Sebab i pakai ayaq paip. Sorry lah. Petang tu En.Atan call dia bg tau bos dia kata dia ada increment. Agak lumayan. Dan cuti dia yang masih berbaki tu company nak bayaq sebab dia tak leh cuti. Ok rezeki. Alhamdulillah. Amin. I direct bagi tau dia i nak pencen la kalau macam tu. Dia cuma gelak la pulak ishhhh. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin