Ishh tak tau nak type yang mana satu. Banyak sangat yang berselirat dalam kepala. Tu nak cerita ni nak cerita. Last sekali terbenam macam tu saja.
Tok Chik jiran 1st floor dah kembali kerahmatullah hari isnin yang lepas. 2 hari sebelum tu kecoh yang dia dah meninggal. Komuniti disini sibuk membuat preparation nak sambut jenazah. Malahan liang lahad sudah di gali. Walhal masa tu Tok Chik masih bernafas, kerana masa dan saat nya belum sampai. Alfatihah untuk arwah Tok Chik.
Tarikh mengundi dah ditetapkan 5 May 2013. Maka ayuh kita tunaikan tanggungjawab kita ..kita pangkah mana calon yang layak untuk berkhidmat kepada rakyat marhean.
Barang dah sampai untuk bisnes. Tapi masih belum ambik gambaq dan upload. Kekangan masa tu rasanya. Arghh tu alasan terbaik kot hahaha. Tapi itulah yang sebenarnya. Dah lama mulut ni berkicau i need a helper..helper..helper.. tapi sayang helper tak jengoi2. Kain batik yang dikirim ke kampung pun dah sold out. Kak ipar dah minta hantar stock baru. Ya nak balik lepas mengundi nanti. Adoiii camna ni.
Pening kepala dengan karenah budak yang baru menginjak remaja. Memang cabaran sesangat. Mulut aku memang tak boleh diam kau. Memang on the spot la aku zassss. Walaupun sebelum tu aku nekad nak solex saja mulut ni. Tapi tak boleh. Kata orang ..menarik rambut dalam tepung kena hati-hati supaya rambut tak putuih dan tepung tak berselerak. Ya ini adalah dugaan bagi aku. Rasanya aku ni kena lebih berlembut dan berlapang dada dengan kan. Rasanya kena lebih banyak belajar bab sabar ni. Bak kata Bang Chik...macam kilat bila ibu marah. Huhuhu.
Laptop rosak lagi. Baru saja ambik lappy tu sebab tukar screen. Screen lingkup. Ni charger rosak..bila nak pi beli charger baru aikk motherboard dia plak lingkup tahana. Time tu aku rasa macam nak ambik laptop tu lepuk atas lantai kasi puas hati. Bila dah lappy masuk wad semua kerja terganggu. Dah tu tabiat orang kat rumah tu semua harapkan I yang menyimpan semua. Segala mak nenek atuk cable i yang kena simpan. Kalau i tak ambik simpan benda tu semua akan hilang. Apa-apapun dia orang akan refer i, cable android tang mana, cable handphone tang mana. Ni yang terbaru cable camera pulak hilang quyup. Camno nak charge bateri camera ni?? Hanginnnnnnnnn seluruh badan.
No comments:
Post a Comment