Wednesday, 17 April 2013

Penyibuk


Penyibuk yang suka mencelah. Pantang nampak orang busy nak buat kerja atau nak masak sure dia ada sama. Kalau kita sibuk kat dapoq dia pun ada la juga mengemas periuk belanga, pinggan mangkuk. Kalau dia dengar orang kat bilik air dia pun kedek-kedek nak masuk sama. Dah la dia tu kalau terlebih main air cepat kena selsema. Ada satu hari aku pi hantar Bang Teh dan Muaz pi sekolah kemudian langsung pi beli barang sekolah abang. Dia dan abahnya baik punya lena. Tapi pesan jugakla kat Abahnya kami tinggal dia. Masuk ja dalam rumah dah dengar dah suara dia dalam bilik mandi. Tapi saja ja la aku kejut abahnya tanya mana Che Nah. Kelam kabut abah dia bangun ..cari dia. Haaa jumpa dalam bilik air la jawabnya.

1 comment:

Amiha Ayu said...

Tapi kak.. dia mencelah dengan penuh kecomelan.. aloh aloh...

Blog Widget by LinkWithin